MISI SEKOLAH

Selasa, 7 Januari 2014

MESYUARAT HEM DAN KURIKULUM 1/2014

PERKARA : MESYUARAT HEM DAN KURIKULUM KALI 1/2014
TARIKH : 30.12.2013
MASA : 9.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKSI


MESYUARAT GURU DAN STAF 1/2014

PERKARA : MESYUARAT GURU DAN STAF KALI 1/2014
TARIKH : 29.12.2014
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKSI

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Warga SK Seri Inas mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca @ pengikut blog ini.

Kepada semua murid serta bakal murid yang akan bernaung di SKSI, kami ucapkan SELAMAT DATANG KE SK SERI INAS.

Pelbagai kenangan serta kejayaan telah kita tempuhi sepanjang tahun 2013. Menjadi harapan serta impian kami di sini agar kejayaan yang lebih baik berjaya dicapai sepanjang tahun 2014 ini. Sokongan serta kerjasama dari semua pihak amat diperlukan.

SKSI
USAHA MAJU JAYA

Khamis, 20 Oktober 2011

JAMUAN RAYA AIDILFITRI PRASEKOLAH 2011

Diadakan pada 26/9/2011 (Isnin) bermula pukul11.30 pagi sehingga 2.00 petang. Buat pertama kalinya diadakan bersama waris pelajar prasekolah. Hidangan adalah sumbangan daripada waris, guru-guru, sekolah dan juga pihak kantin. Diharapkan sambutan seperti ini dapat diteruskan ke tahun hadapan.

pelajar prasekolah sk seri inas berpakaian baju raya

wajah-wajah penyeri prasekolah sk seri inas

antara hidangan yang ada

lagi hidangan yang disediakan
kehadiran guru besar memeriahkan lagi sambutan

waris menikmati hidangan yang sedia ada

KEMBALI SEMULA

Assalamualaikum...
SK Seri Inas Blogspot kembali semula mengupdate aktiviti-aktiviti yang terkini lagi hangat untuk tatapan semua..Harap semua pihak sentiasa memberi sokongan kepada sk seri inas blogspot sehingga akhirnya..
Sekian, terima kasih

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam 1 Malaysia.

Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011.
Kepada semua warga SKSI, sama-samalah kita menjadikan tahun 2011 ini lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.

Sedia Maju Jaya!!!

Ahad, 23 Mei 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan B.Inggeris

Dijalankan pada hari Sabtu, 22Mei 2010 yang lalu di dewan sekolah bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Penceramah jemputan dari SMK Khir Johari, Sg.Petani, Cikgu Anwar Fadzil Abu Bakar.

"Allah pelihara SK Seri Inas, Tempat kami menimba ilmu, Demi membela pertiwi".

Menyanyikan Lagu Sekolah

Lafaz ikrar

HARI GURU 2010

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung pada 16 Mei 2010 bermula jam 7.45 pagi di dataran kejat SK Seri Inas. Ianya dimulakan dengan perhimpunan mingguan seterusnya dilanjutkan dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia". Kemudian diikuti dengan ikrar guru dan pembacaan perutusan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran. Pukul 9.00 pagi guru dan murid beredar ke padang untuk acara seterusnya. Pukul 11.30 pagi acara diteruskan di dewan iaitu persembahan oleh guru-guru dan murid-murid dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.




Isnin, 10 Mei 2010

Olahragawan & Olahragawati 2010

Olahragawan bagi tahun 2010 jatuh kepada Azhari bin Zakaria (Tahun 6 Bestari).

Olahragawati 2010 jatuh kepada Farah Hazwani bt Zulkeflee (Tahun 5 Arif).

Sabtu, 1 Mei 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan 2010

Yang Dipertua PIBG SK Seri Inas, Encik Asri bin Ismail sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 dilangsungkan agak lewat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu pada 29 April. Ini adalah kerana mengikut arahan-arahan dari atas yang telah dikeluarkan beberapa kali. Perasmian telah dilakukan oleh Yang Dipertua PIBG SK Seri Inas iaitu Encik Asri bin Ismail.

Upacara Ikrar Kejohanan

Acara 100m perempuan B12

GALERI FOTO

SK Seri Inas,Bakai

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.